Salam
Sedikit info mengenai bahan bacaan yang boleh di tempah di Biro Ekonomi.




Alexander Adalah Zulkarnain

Ulasan Buku

"Dan mereka bertanya kepadamu, mengenai Zulqarnain. Katakanlah, 'Aku akan bacakan kepada kamu sedikit tentang perihalnya.' Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadanya kekuasaan di bumi, dan Kami beri kepadanya jalan bagi mencapai tiap-tiap sesuatu yang diperlukannya." (surah al-Kahfi: 83-84)

Sejak sekian lama, nama agung Zulqarnain cuba dikaitkan dengan nama-nama raja agung dalam sejarah. Mustahil raja agung yang tercatat di dalam al-Quran 'hilang' dalam rekod sejarah. Bukan seorang dua raja agung yang dinobatkan, namun mengaitkan peribadi raja dengan iman yang disebutkan di dalam al-Quran masih 'misteri.'

Mencari Zulqarnain ibarat bermain teka-teki. Setiap teka-teki mempunyai kata kunci. Antara kata kunci utama adalah beriman, menjelajah timur dan barat dan bertemu dengan Yakjuj dan Makjuj. Tersalah pada satu kata kunci, calon raja agung terkeluar daripada gelaran Zulqarnain.

Senarai calon raja agung sudah dibuat, kata kunci sudah dirungkaikan, ternyata Alexander the Great adalah calon yang paling layak. Biar pun tuduhan musyrik yang dilemparkan, buku ini menjawab Alexander Macedonea atau Iskandar al-Makduni adalah orang yang beriman pada satu Tuhan yang esa, pembebas timur dan barat dan pembina tembok Yakjuj dan Makjuj.

Buku Alexander adalah Zulqarnain mendedahkan profil Alexander the Great, anak Philip II, agamanya, dan kaitannya dengan bangsa paling kejam dalam sejarah, Yakjuj dan Makjuj. Menjawab tuduhan musyrik yang dilemparkan, membersihkan peribadinya daripada sembahan pagan dan membuktikan bahawa beliau sememangnya beriman.

Antara kandungan menarik di dalam buku ini: Alexander the Great di dalam Tafsir al-Quran * Nama Alexander the Great dicemari di dalam Teks Yunani-Rom Kuno * Senarai Penguasa Dunia (1010 - 330 SM) * Raja-raja Dunia yang Melawan Yakjuj & Makjuj * Oasis Monoteisme di tengah Gurun Paganisme Yunani * Peringkat Awal Misi Pembebasan Alexander * Pertemuan Alexander dengan Yahudi Beriman di Jerusalem * Pengembaraan Alexander di Timur * Pengembaraan Alexander di Barat * Pertemuan Alexander dengan Kaum-kaum yang disebut di dalam al-Quran * Lokasi Alexander membina Tembok Besi * Jawapan kepada Tuduhan.

Penulis adalah pesyarah di Universiti Brawijaya, Indonesia. Beliau kini dalam proses mendapatkan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Sejarah dan Peradaban. Beliau banyak menghasilkan kajian mengenai Yakjuj & Makjuj, Zulqarnain dan hari kiamat. Antara buku bestseller beliau adalah Yakjuj & Makjuj: Bencana di Sebalik Gunung (2009).

UNTUK TEMPAHAN KLIK DI SINI*

kod buku:AAZ harga:¥2500



Imam Hanafi - Pendebat Kebenaran

Ulasan Buku

Nama sebenarnya An-Nukman bin Thabit lahir pada tahun 80 hijrah/699 masihi di sebuah kampung bernama Anbar di daerah Kufah, Baghdad. Mendapat gelaran Abu Hanifah kerana mempunyai seorang anak bernama Hanifah. Tetapi ada pula yang mengatakan beliau suka membawa dakwat ke mana sahaja beliau pergi lalu digelar Hanifah bererti dakwat dalam bahasa Parsi. Kemudian beliau lebih dikenali sebagai Imam Hanafi.

Beliau berkata “Aku memberi hukum berdasarkan al Quran. Sekiranya tidak terdapat dalam al Quran aku gunakan hadis. Jika tidak terdapat pada keduanya (al Quran dan hadis) aku gunakan pendapat para sahabat Rasulullah SAW. Aku berpegang pada pendapat siapa sahaja daripada mereka dan membuang mana-mana pendapat yang bertentangan dan aku berpegang pada pendapat yang benar sahaja.”

Beliau dikurniakan umur yang panjang. Beliau sempat hidup di bawah pemerintahan kerajaan khalifah Bani Umaiyah dan Bani Abbasiyah.

Beliau terkenal sebagai seorang yang ahli dalam ilmu fikah dan tauhid. Beliau belajar daripada lebih 200 ulama yang terbilang pada masa itu. Antaranya Abdullah bin Umar, Abdullah bin Abbas dan Abdullah bin Masud. Beliau juga sangat terkenal dengan kebolehan berdebat. Kebolehannya itu sangat dihormati lawan dan kawan.

Imam Abu Hanifah meninggal dunia dalam penjara pada tahun 150 hijrah ketika berumur 70 tahun. Beliau dikebumikan di tanah perkuburan al Khaizaran yang terletak di timur kota Baghdad. Novel ini menceritakan dengan lebih lanjut siapa Imam Hanafi dan mengapa beliau dianggap sebagai pendebat kebenaran.

UNTUK TEMPAHAN KLIK DI SINI*

kod buku:HAN harga:¥1900



Imam Syafie - Pejuang Kebenaran

Ulasan Buku

Nama sebenarnya ialah Muhamad bin Idris bin Abbas bin UIthman bin Shafie bin Saib bin Abdu Yazid bin hasyim bin Abdul Mutalib bin Abdul Manaf. Ayahnya berasal dari keturunan Quraisy dari bani Mutalib. Ayahnya telah meninggal dunia ketika imam syafie masih kanak-kanak.

Beliau dilahirkan di kota Gaza palestin pada bulan Rejab tahun 150 hijrah. Ada yang mengatakan pada malam beliau dilahirkan Imam Abu Hanifah (Imam hanafi) meninggal dunia. Khalifah Islam pada masa itu ialah khalifah Abu Jaafar Al Mansur dari bani Abbasiyah.

Imam Syafie dibesarkan dalam serba kekurangan. Sejak kecil lagi beliau sudah mempelajari al-Quran. Beliau menghafal al-Quran sejak berusia 9 tahun dan pada usia 10 tahun sudah menghafal dan memahami kitab al-muwattak yang ditulis Imam Malek. Beliau mempunyai suara merdu, boleh bersyair dan bersajak. Ketika berusia 15 tahun beliau sudah mengajar dan memberi fatwa kepada orang ramai di Masjid al-Haram, kerana kegigihan dan kecerdikan beliau yang luar biasa, beliau mendapat sanjungan masyarakat.

Novel ini menceritakan dengan lebih lanjut berkenaan kisah hidup Imam Syafie. Suka duka dan pahit manis perjuangan dalam menegakkan kebenaran.

UNTUK TEMPAHAN KLIK DI SINI*

kod buku:SHA harga:¥1900



Umar Al-Khattab - Reformis Dunia Islam

Ulasan Buku

Khalifah Umar al-Khattab berjaya mencipta sejarah keemasan negara Islam yang mendapat penghormatan dan sanjungan sepanjang zaman. Beliau manusia berbakat dan pintar menjadi lambang kejayaan bangsa Arab dan umat Islam. Dalam masa 10 tahun 6 bulan beliau memerintah, seluruh empayar Rom dan Parsi tunduk di bawah kuasa pemerintahan Islam. Selain sebagai penakluk, Khalifah Umar al-Khattab juga berjaya menyusun pentadbiran yang berkesan dan teratur. Dia pengasas sistem politik Islam, pelaksana undang-undang syariah dalam negara dan berjaya membentuk sebuah negara Islam yang baru.

Di bidang keselamatan dalam negeri, beliau menubuhkan pasukan polis. Bagi mengukuhkan sistem pertahanan, beliau membina penempatan tentera serta pelabuhan bagi pembinaan kapal laut. Pahlawan yang berjaya menundukkan Parsi dan Rom ini turut mengasaskan bandar-bandar baru bagi mengembangkan kebudayaan Islam. Selain itu beliau juga memajukan bidang pertanian dan mengasaskan sistem pelajaran Islam.

Umar al-Khattab mahir dalam ilmu fikah dan seorang pemidato yang hebat. Beliau seorang ahli gusti dan penunggang kuda yang cekap. Walaupun berada di tampuk kekuasaan, pencetus zaman keemasan negara Islam ini hidup sederhana mencontohi Rasulullah.

UNTUK TEMPAHAN KLIK DI SINI*

kod buku:UMR harga:¥2000

Aisyah Ummul Mukminin - Keanggunan Sejati

Ulasan Buku

Sejarah mencatatkan, para sahabat banyak belajar berkenaan masalah agama dan hukum fikah daripada Aisyah. Ini kerana, pengetahuannya sangat luas dalam bidang itu. Aisyah menjadi sumber yang tidak diragukan dalam bidang ilmu pengetahuan, masalah agama serta Quran dan sunah. Di samping itu, beliau diketahui sangat berhati-hati semasa mengulas sebarang masalah peribadi. Di samping mengetahui banyak rahsia peribadi Nabi Muhammad, Aisyah juga mengisahkan banyak hadis yang didengarnya daripada beliau secara langsung.

UNTUK TEMPAHAN KLIK DI SINI*

kod buku:AKS harga:¥1800